Mondadori Store

Trova Mondadori Store

Benvenuto
Accedi o registrati

lista preferiti

Per utilizzare la funzione prodotti desiderati devi accedere o registrarti

Vai al carrello
 prodotti nel carrello

Totale  articoli

0,00 € IVA Inclusa

GADDAFI: FAKTA DISEBALIK PEMBUNUHAN

FIRDAUS ZAINAL
pubblicato da Bibliotheca

Prezzo online:
0,00

Sekitar tahun 2011, berlaku Revolusi Arab Spring di Timur Tengah yang menyaksikan kejatuhan negara-negara Arab seperti Mesir, Yaman, Tunisia, Syria dan Libya. Arab Spring menjadi sejarah hitam bagi umat Islam kerana selepas negara-negara ini hancur akibat campur tangan kuasa barat, sehingga kini di kebanyakan negara berkenaan, rakyatnya masih bergelut dengan perang saudara dan hidup dalam kekacauan.

Libya adalah salah sebuah negara yang terlibat. Walaupun negara itu dilimpahi dengan kekayaan hasil sumber minyak petroleum, namun pasca Arab Spring menyaksikan kematian Presiden Libya, Muammar Gaddafi bukanlah alternatif kepada janji dan harapan kehidupan lebih aman serta pembangunan 'demokrasi' yang ditawarkan negara barat. Negara yang satu ketika dahulunya aman, kaya raya dan rakyatnya mewah, kini, hidup dalam pembunuhan, pemberontakan, kekacauan dan kemiskinan. Malah, selepas beberapa tahun kematian Gaddafi, rakyat Libya mula merindukan beliau dan berharap agar kegemilangan Libya yang pernah dikecapi ketika era pemerintahannya dapat dibangunkan semula.

Siapa sebenarnya Gaddafi? Apakah perkaitan antara pembunuhan Gaddafi, kekayaan sumber minyak dengan peranan kuasa barat seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Israel dan lain-lainnya? Buku ini merungkai fakta-fakta penting di sebalik pembunuhan Gaddafi di dalam Arab Spring. Kajian secara empirikal yang dijalankan menunjukkan pembunuhan Gaddafi telah dirancang oleh negara kuasa besar melalui penajaan dan memberi latihan peperangan kepada pasukan pemberontak Libya bagi menentang Gaddafi. Britain dan Perancis melaburkan jutaan dolar sehari sebagai pelaburan mereka di Libya bagi membunuh Gaddafi. Ini dilakukan dengan menyediakan senjata dan kelengkapan peperangan kepada rakyat Libya yang menentang Gaddafi. Plot pembunuhan ke atas Gaddafi dikenakan sebagai membalas dendam atas dasar anti imperialisme yang dikenakan beliau.

Selain itu, kuasa besar barat turut disokong oleh negara-negara Islam yang bertindak sebagai proksi mereka. Qatar, Arab Saudi, UAE antara negara-negara Islam yang secara langsung dan tidak langsung memberi bantuan kepada negara barat untuk menumbangkan Gaddafi. Peranan media seperti Al Jazeera juga tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi ini.

Gaddafi merupakan seorang revolusioner yang unik dan hebat. Beliau memegang tampuk pemerintahan Libya di usia yang muda selepas berjaya menggulingkan King Idris al Sanusi yang sekian lama memerintah negara mengikut telunjuk barat yang hanya mahu menguasai hasil minyak negara itu.

Selepas Gaddafi mengambil alih pemerintahan Libya, beliau telah mengusir tentera Britain dan Amerika Syarikat yang berpangkalan di dalam negaranya. Beliau juga menamatkan konsesi cari gali minyak yang diberikan kepada syarikat asing oleh King Idris al Sanusi sebelumnya. Gaddafi terus 'membuli' negara barat dengan mengenakan dasar-dasar luar yang tidak memihak kepada barat dan anti imperialisme.

Menariknya juga, Gaddafi juga mempunyai karakter yang sama seperti Adolf Hitler yang anti Yahudi dan Israel. Antara percaya atau tidak! Gaddafi pernah ditakuti bangsa Yahudi dan negara haram Israel. Beliau menjadi sasaran kemarahan Israel kerana tindakannya menaja kumpulan pemberontak rakyat Palestin terhadap Israel selain mengkritik Yahudi dan Israel secara terbuka.

Atas nama agama dan perpaduan negara Arab dan Afrika, Gaddafi berusaha menyatukan pemimpin-pemimpin Islam. Namun, usahanya sering digagalkan oleh barat dan ditambah oleh kecemburuan pemimpin negara Arab sendiri yang tidak mahu melihat Gaddafi mendominasi dunia Islam.

Kesannya, negara barat, Israel dan negara Arab yang memusuhi Gaddafi berkomplot untuk menumbangkan Gaddafi. Beliau dituduh menaja kegiatan terorisme dan terdedah kepada beberapa percubaan bunuh yang didalangi barat. Akhirnya, Gaddafi mati dibunuh di dalam pemberontakan Arab Spring pada tahun 2011. Buku ini menghuraikan fakta 'rare' yang akan

Dettagli down

Generi Storia e Biografie » Biografie Diari e Memorie » Biografie e autobiografie » Personaggi storici, politici e militari

Editore Bibliotheca

Formato Ebook con Adobe DRM

Pubblicato 24/08/2021

Lingua Malese

EAN-13 9789671825105

0 recensioni dei lettori  media voto 0  su  5

Scrivi una recensione per "GADDAFI: FAKTA DISEBALIK PEMBUNUHAN"

GADDAFI: FAKTA DISEBALIK PEMBUNUHAN
 

Accedi o Registrati  per aggiungere una recensione

usa questo box per dare una valutazione all'articolo: leggi le linee guida
torna su Torna in cima