Mondadori Store

Trova Mondadori Store

Benvenuto
Accedi o registrati

lista preferiti

Per utilizzare la funzione prodotti desiderati devi accedere o registrarti

Vai al carrello
 prodotti nel carrello

Totale  articoli

0,00 € IVA Inclusa

SISI GELAP MEDIA SOSIAL

FIRDAUS ZAINAL
pubblicato da Bibliotheca

Prezzo online:
0,00

Karya ini merungkai sisi gelap media sosial atau panggilan popular yang digunakan "SocMed" (Social media). Berbeza dengan wacana dan makalah umum yang banyak melihat media sosial dari sudut faedah dan kebaikannya kepada pengguna, karya ini cuba merungkai permasalahan dan kesan dari sudut yang bertentangan. Bagi melihat sisi gelap media sosial ini secara jelas, penulis merujuk kepada dapatan akademik dan pandangan pakar-pakar dalam teknologi berkenaan.

Bagi memudahkan pemahaman pembaca, karya ini dibahagikan kepada dua bahagian. Penceritaannya digarap dengan mengikut kronologi iaitu bermula dengan penciptaan komputer sehingga eksperimen yang dijalankan ke atas peranti ini. Bahagian pertama membincangkan agenda di sebalik penciptaan komputer, Internet, GPS, game online oleh agensi pertahanan Amerika Syarikat dan peranan CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika) dalam membangunkan peranti dan aplikasi ini.

Manakala di dalam Bahagian II, kemunculan media sosial dan impak yang dibawa bersama terhadap masyarakat dihuraikan secara terperinci. Di dalam bahagian ini, penulis membentangkan dapatan dan bukti-bukti wujudnya manipulasi kelakuan pengguna oleh firma media sosial dan pengiklanan melalui media sosial yang digunakan pengguna. Penulis juga menjelaskan bagaimana firma media sosial ini berusaha menjadikan pengguna ketagih untuk terus menggunakan aplikasi yang dibangunkan mereka.

Karya ini bukanlah bersifat anti sosial atau anti teknologi. Namun, karya ini adalah sebagai bukti bahawa sisi gelap media sosial sememangnya wujud dan akan terus berkembang.

Dettagli down

Generi Politica e Società » Comunicazione e Media » Internet, tecnologie e società , Storia e Biografie » Storia: opere generali » Storia: specifici argomenti

Editore Bibliotheca

Formato Ebook con Adobe DRM

Pubblicato 24/08/2021

Lingua Inglese

EAN-13 9789671839355

0 recensioni dei lettori  media voto 0  su  5

Scrivi una recensione per "SISI GELAP MEDIA SOSIAL"

SISI GELAP MEDIA SOSIAL
 

Accedi o Registrati  per aggiungere una recensione

usa questo box per dare una valutazione all'articolo: leggi le linee guida
torna su Torna in cima